Thursday, June 25, 2009

Setahun Berlalu...

Pada bulan Jun ini, genaplah setahun penubuhan pasukan GEMESUT.Sepanjang setahun penglibatan pasukan GEMESUT di dalam kancah sukan futsal negara, pelbagai kenangan pahit dan manis yang pasti x akan dilupakan oleh para pemain pasukan GEMESUT sendiri khasnya.Kami berharap dapat memperbaiki mutu permainan kami di masa mendatang agar dapat memberikan cabaran yang lebih getir bagi merebut kejohanan yang disertai oleh pasukan GEMESUT.Sepanjang setahun berlalu, pasukan berjaya membuat peningkatan walaupun tanpa kejuaraan pada musim pertama pembabitan dalam arena futsal negara.Dalam masa setahun juga, pasukan berjaya menubuhkan pasukan junior bagi membantu pasukan senior yang kadang kala mengalami kecederaan ataupun tidak dapat menyertai pertandingan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan.Semoga pasukan akan dapat terus maju dari semasa ke semasa.

Kejohanan merebut Piala YB Saiful Bahri

Pada 27hb Jun, bertempat di gelanggang futsal Kg Seberang Bt Hampar, Rembau, satu kejohanan futsal anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan sempena sambutan hari belia peringkat Negeri Sembilan yang akan di adakan di rembau pada tahun 2009.Pelbagai acara yang akan di langsungkan pada hari tersebut, khususnya sukan futsal yang turut akan di sertai oleh pasukan GEMESUT.Piala YB Saiful Bahri merangkap ADUN Chembung akan dipertandingkan.Dan yang pastinya menjadi idaman para pasukan diluar sana untuk merebutnya.Pasukan GEMESUT seperti biasa akan memeriahkan kejohanan tersebut yang julung kali nya diadakan di daerah Rembau khususnya.Kami berharap semua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.Dan kepada masyarakat di sekitar Rembau dapat memeriahkan Hari Belia itu nanti.Majulah Sukan Untuk Negara!!!!!

Monday, June 22, 2009

SUKU AKHIR

bersama INTI KOLEJ

Pasukan GEMESUT sekadar berjaya mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan Terbuka Mera Cipta kali ke4 yang diadakan di Salak Tinggi baru-baru ini.Tetapi secara keseluruhan,pasukan berpuas hati dengan pencapaian mara hingga ke suku akhir.Pasukan sekali lagi dilanda kecederaan dengan hampir keseluruhan pasukan tidak dapat bermain pada peringkat menentang pasukan INTI KOLEJ yang pada dasar nya mempunyai saiz fizikal yang agak besar jika dibandingkan dengan para pemain pasukan GEMESUT.Walaupun pada peringkat kumpulan berjaya mengikat pasukan lawan,tetapi pasukan tidak berdaya untuk menahan asakan bertali arus pasukan INTI KOLEJ.Tahniah kepada pasukan COURT SOCCER yang berjaya memenangi kejohanan.Pasukan GEMESUT juga telah tewas kepada pasukan COURT SOCCER di pusingan ke3 pada kejohanan Piala ZETCOM.