Pasukan Gemesut di akhbar Sinar Harian pada 20 Januari 2009.Semoga pasukan Gemesut terus succes selalu!!!!!
Sunday, February 22, 2009
Gemesut di Sinar Harian
Pasukan Gemesut di akhbar Sinar Harian pada 20 Januari 2009.Semoga pasukan Gemesut terus succes selalu!!!!!
Gemesut vs IPD PD



Bertempat di AMSA(Alam Megah Sport Arena) Port Dickson,satu perlawanan persahabatan dengan pasukan IPD PD telah berlangsung pada 21hb Feb.Walaupun pasukan Gemesut tanpa kehadiran pemain utama,pasukan Gemesut masih berupaya menjinakkan pasukan IPD PD dengan jaringan 12 berbalas 9.pasukan Gemesut terpaksa meminjam beberapa pemain dari pasukan Navara.Ini satu kemenangan moral bagi para pemain Gemesut khususnya sebagai langkah persiapan terakhir sebelum penyertaan dalam pertandingan Karnival Futsal NegeriFM.Walaupun pada awalnya persembahan pasukan Gemesut agak goyah,tetapi telah berjaya meningkatkan mentaliti untuk menewaskan pasukan IPD PD yang pada dasar nye mempunyai saiz fizikal yang agak besar berbanding para pemain Gemesut.
Thursday, February 19, 2009
Asal usul ditubuhkan pasukan GEMESUT
1228098375.jpg)
Pasukan GEMESUT ditubuhkan pada Jun 2008 yang mana sebagai titik tolak untuk menyertai 1 kejohanan di ZETCOM.Dibarisi pemain seperti Mohd Ezee.Mohd Affizin,Mohd Syafiq,Yusrizan,Akmal Aizuddin,Akmal Aizat dan Mohd Shahidee.Dengan sekali penampilan sahaja,pasukan GEMESUT telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan untuk menduduki tempat ke4 pada pertandingan tersebut dimana pasukan GEMESUT telah tewas di separuh akhir dengan pasukan EKA MCAV.Tidak setakat kejohanan tersebut,pasukan GEMESUT terus giat mengikuti pertandingan di SPORT PLANET TAMPIN dengan keputusan setakat suku akhir.GEMESUT sekali lagi hadir ke TAMPIN untuk mencari tiket ke GRAND FINAL di AMPANG SPORT PLANET 5v5 REVIVE,tetapi ditunjukkan jalan keluar di pusingan suku akhir sekali lagi.Tidak terhenti disitu,pasukan GEMESUT hadir memeriahkan Kejohanan Futsal Terbuka Port Dickson untuk berdiri sebaris dengan pasukan yang lebih ternama seperti BERTAM ULU,BRABUS,ADIGUN,RED GALACTICOS,tetapi sekali lagi hampa dipusingan suku akhir walaupun pasukan terpaksa bermain tanpa penjaga gol Yusrizan seawal perlawanan pertama bertemu pasukan KG BOY kerana patah jari.Tetapi tidak melemahkan semangat perjuangan.Terima Kasih kepada saudara Yusrizan selama menjadi penjaga gol bagi pasukan GEMESUT.Pada 30hb pasukan GEMESUT telah menyertai pertandingan yang diadakan di HAZLAN INDOOR SOCCER dengan gawang GEMESUT diisi oleh saudara Suhaimi.Pada pertandingan tersebut pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3.Pada penhujung tahun 2008 pasukan GEMESUT telah mendapatkan seorang penjaga gol iaitu saudara Hailrul Anuar.Pada kejohanan pertama pembuka tirai 2009,pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3 sekali lagi pada Kejohanan Ftsal Terbuka Port Dickson yang mana,pasukan GEMESUT telah tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan BERTAM ULU.
Wednesday, February 18, 2009
Karnival Futsal NegeriFM
Pada 28hb Feb & 1hb Mac bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi akan di adakan Karnival Futsal NegeriFM.Dimana pasukan GEMESUT pon akan turut serta bagi memeriahkan karnival itu nanti.Sekali lagi pasukan GEMESUT giat melakukan latihan bagi mendapatkan keputusan yang diharapkan.Kepada pasukan diluar sana diharap dapat memeriahkan karnival itu nanti.Kami bagi pasukan GEMESUT sentiasa akan memberikan cabaran yg berliku kepada pasukan yg menyertai pertandingan.Kita jumpa disana.
Tempat ke3 Terbuka Port Dickson
1233129160.jpg)
Pasukan GEMESUT telah menduduki tempat ke3 pada pertandingan futsal terbuka Port Dickson yang diadakan pada 11hd Januari 2009 yg lalu.pasukan GEMESUT telah memberikan tentanagn yg sengit kepada pencabar setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini.Kehebatan pasukan GEMESUT tellah disekat kemaraannya diseparuh akhir oleh pasukan yang lebih ternama ia itu pasukan BERTAM ULU dengan jaringan 4 berbalas 2 oleh pasukan GEMESUT.Tidak cukup dengan itu pasukan GEMESUT telah menunjukkan persembahan yang amat luar biasa untuk menduduki tempat ke3 apabila membenan cabaran pasukan IJED dengan jaringan 3 gol tanpa balas.Walaupon pasukan GEMESUT dikejutkan dengan seorang pemain yang terpaksa pulang kerana masalah peribadi,itu tidak melunturkan semangat para pemain untuk menunjukkan sesuatu yg bagus untuk tatapan para penonton yg hadir pada hari pertandingan.Dengan pasukan yang terpaksa bergerak sendri tanpa kehadiran pengurus pasukan En Ahmad Supian.Pada pertandingan itu pasukan GEMESUT diwakili oleh para pemain Mohd Ezee,Mohd Affizin,Akmal Aizuddin,Mohd Syafiq,Hailrul Anuar,Mohd Shahidee dan Akmal Aizat.
Subscribe to:
Posts (Atom)