Thursday, February 19, 2009

Asal usul ditubuhkan pasukan GEMESUT

Bersama hadiah kemenangan.


Pasukan GEMESUT ditubuhkan pada Jun 2008 yang mana sebagai titik tolak untuk menyertai 1 kejohanan di ZETCOM.Dibarisi pemain seperti Mohd Ezee.Mohd Affizin,Mohd Syafiq,Yusrizan,Akmal Aizuddin,Akmal Aizat dan Mohd Shahidee.Dengan sekali penampilan sahaja,pasukan GEMESUT telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan untuk menduduki tempat ke4 pada pertandingan tersebut dimana pasukan GEMESUT telah tewas di separuh akhir dengan pasukan EKA MCAV.Tidak setakat kejohanan tersebut,pasukan GEMESUT terus giat mengikuti pertandingan di SPORT PLANET TAMPIN dengan keputusan setakat suku akhir.GEMESUT sekali lagi hadir ke TAMPIN untuk mencari tiket ke GRAND FINAL di AMPANG SPORT PLANET 5v5 REVIVE,tetapi ditunjukkan jalan keluar di pusingan suku akhir sekali lagi.Tidak terhenti disitu,pasukan GEMESUT hadir memeriahkan Kejohanan Futsal Terbuka Port Dickson untuk berdiri sebaris dengan pasukan yang lebih ternama seperti BERTAM ULU,BRABUS,ADIGUN,RED GALACTICOS,tetapi sekali lagi hampa dipusingan suku akhir walaupun pasukan terpaksa bermain tanpa penjaga gol Yusrizan seawal perlawanan pertama bertemu pasukan KG BOY kerana patah jari.Tetapi tidak melemahkan semangat perjuangan.Terima Kasih kepada saudara Yusrizan selama menjadi penjaga gol bagi pasukan GEMESUT.Pada 30hb pasukan GEMESUT telah menyertai pertandingan yang diadakan di HAZLAN INDOOR SOCCER dengan gawang GEMESUT diisi oleh saudara Suhaimi.Pada pertandingan tersebut pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3.Pada penhujung tahun 2008 pasukan GEMESUT telah mendapatkan seorang penjaga gol iaitu saudara Hailrul Anuar.Pada kejohanan pertama pembuka tirai 2009,pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3 sekali lagi pada Kejohanan Ftsal Terbuka Port Dickson yang mana,pasukan GEMESUT telah tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan BERTAM ULU.

No comments:

Post a Comment