Pasukan bersama baju baru
Kecederaan menghantui pasukan GEMESUT pada pertandingan KPBNS2009 di KOMBES Paroi pada 4&5 April.Dengan terpaksa bermain dengan skuad yang agak kecil tanpa kehadiran Mohd Syafiq yang terpaksa bermain untuk pasukan IKBN Chembong.Pasukan juga terpaksa menggunakan penjaga gol muda saudara Shahrol Nizam.Pasukan GEMESUT yang mewakili MAYC Port Dickson, pada awal nya menunjukkan prestasi yang agak baik dengan membenam cabaran pasukan ABIM NS dengan jaringan 6 berbalas 3.Kemudian pasukan telah ditewaskan oleh pasukan Majlis Pengakap NS dengan jaringan 4-1.Seperti biasa, mutu pengadilan menjadi pertikaian oleh para pemain ketika pasukan ketinggalan 2-1,pasukan berjaya menjaringkan gol penyamaan yang tidak dikira kerana jaring gol yg koyak tetapi pengadil mengatakan bola tidak masuk.Tetapi pasukan berjaya menebus dengan menewaskan pasukan ABIM Rembau dengan jaringan 6-1.Bukan setakat itu sahaja pasukan berjaya membuat rekod jaringan terbesar apabila menewaskan pasukan YMM NS dengan jaringan 11-0.Kemudian pasukan mendapat kemenangan percuma 3-0 apabila pasukan GBB NS menarik diri.Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan,satu perlawanan yang menghiburkan disajikan oleh pasukan apabila menentang pasukan KRM Kuala Pilah walaupun tewas dengan jaringan tipis 5-4.Mengetahui pasukan lawan yang lebih ternama,pasukan berjaya mengaharungi tempo permainan dengan cemerlang walaupun satu ketika mendahului 2-1 sebelum ketinggalan 4-2 dan pasukan mengimbangi kembali dengan 4-4.Perlawanan begitu dramatik, dengan saudara Mohd Ezee dan penjaga gol yang tercedera pada perlawanan tersebut.Pasukan terpaksa mengharungi perlawanan dengan baki permain yg ada dan keputusan memihak kepada pasukan KRM Kuala Pilah dengan jaringan 5-4.pada pusingan ke2.Pasukan telah tewas kepad pasukan Pandu Puteri dengan jaringan 5-2, walaupun satu ketika seakan-akan boleh mara ke peringkat seterusnya.Itulah dia,bola bulat.Dalam keadaan berbagai-bagai pon terpaksa ditempuhi.Tetapi pasukan tidak patah semangat untuk terus berjaya pada masa mendatang.Insyaalah...
No comments:
Post a Comment