Sunday, January 23, 2011

vs KAJANG STAR!!!

GEMESUT 2011!!!!



Setelah hampir setahun tidak melawat blog ini,terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah kepada pasukan MALAYSIA yg telah berjaya memenangi Kejohanan AFF2010..Sepanjang tahun 2010 bnyk pengalaman yang kami telah harungi perlawanan demi perlawanan...terima kasih kepada para pemain yg telah memberikan komitmen sepanjang tahun 2010..Seperti tahun terdahulu,pada tahun 2011 ini kami bersiap sedia untuk menyediakan pasukan yg lebih mantap..nantikan kemunculan GEMESUT....majulah sukan untuk negara!!!!

Friday, August 7, 2009

KUMPULAN MAUT!!!!

Pasukan GEMESUT telah diundi dalam kump B bersama2 pasukan SECOM JR dan KG BOY.Pasukan Pilihan kali ini adalah Blok c,Gemesut,Taman Indah dan Kg Boy bg merebut hadiah Grand Final pada 9hb Ogos ini.

Kump A
BLOCK C
BEIJING
TAMAN INDAH

Kump B
GEMESUT
SECOM JR
KG BOY

Kump C
MIRACLES
JR BROTHERS
TAMPIN TJ

Kump D
SECOM UNITED
UNGGAS
PRONYOSE

Wednesday, August 5, 2009

9hb Ogos 2009...

Saksikan pasukan kami pada perlawanan akhir di kompleks sukan negeri di paroi.Tahniah kepada pasukan2 yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir.Kami seperti biasa akan menunjukkan mutu permainan yang menghiburkan dan berjuang untuk memenangi kejohanan.Persiapan pasukan agak suram kerana sumber kewangan yang agak terhad.Ini kerana pasukan terpaksa bergerak dengan sokongan kewanagn yang amat terhat bg menhadapi setiap kejohanan.Tiada mane2 pihak mahupun badan2 NGO yang berani menaja pasukan kami.Tapi itu tidak melemahkan semangat para pemain yang berada ditahap terbaik pada waktu ini.Terima kasih kepada pihak yang banyak menyokong perjuangan pasukan kami sepanjang kami menyertai kejohanan2 futsal.

Monday, July 6, 2009

GRAND FINAL JELAJAH NEGERI SEMBILAN!!!!!

bersama urusetia
penerima hadiah
Pasukan GEMESUT muncul juara pada Kejohanan Jelajah Negeri Sembilan peringkat daerah Seremban di Hazlan Indoor Soccer baru2 ni.Pasukan berjaya mengharungi kejohanan dengan baik.Pasukan GEMESUT menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke peringkat Grand Final yang akan diadakan pada 9hb Ogos bertempat di Paroi.Dengan moral para pemain di tahap kemuncak, diharap pasukan akan mendapat keputusan yang baik pada peringkat Grand Final itu nanti.Tahniah kepada pasukan Junior Brother yang memberi tentangan sengit pada perlawanan akhir yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan GEMESUT dengan keutusan 3-1.

Thursday, June 25, 2009

Setahun Berlalu...

Pada bulan Jun ini, genaplah setahun penubuhan pasukan GEMESUT.Sepanjang setahun penglibatan pasukan GEMESUT di dalam kancah sukan futsal negara, pelbagai kenangan pahit dan manis yang pasti x akan dilupakan oleh para pemain pasukan GEMESUT sendiri khasnya.Kami berharap dapat memperbaiki mutu permainan kami di masa mendatang agar dapat memberikan cabaran yang lebih getir bagi merebut kejohanan yang disertai oleh pasukan GEMESUT.Sepanjang setahun berlalu, pasukan berjaya membuat peningkatan walaupun tanpa kejuaraan pada musim pertama pembabitan dalam arena futsal negara.Dalam masa setahun juga, pasukan berjaya menubuhkan pasukan junior bagi membantu pasukan senior yang kadang kala mengalami kecederaan ataupun tidak dapat menyertai pertandingan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan.Semoga pasukan akan dapat terus maju dari semasa ke semasa.

Kejohanan merebut Piala YB Saiful Bahri

Pada 27hb Jun, bertempat di gelanggang futsal Kg Seberang Bt Hampar, Rembau, satu kejohanan futsal anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan sempena sambutan hari belia peringkat Negeri Sembilan yang akan di adakan di rembau pada tahun 2009.Pelbagai acara yang akan di langsungkan pada hari tersebut, khususnya sukan futsal yang turut akan di sertai oleh pasukan GEMESUT.Piala YB Saiful Bahri merangkap ADUN Chembung akan dipertandingkan.Dan yang pastinya menjadi idaman para pasukan diluar sana untuk merebutnya.Pasukan GEMESUT seperti biasa akan memeriahkan kejohanan tersebut yang julung kali nya diadakan di daerah Rembau khususnya.Kami berharap semua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.Dan kepada masyarakat di sekitar Rembau dapat memeriahkan Hari Belia itu nanti.Majulah Sukan Untuk Negara!!!!!

Monday, June 22, 2009

SUKU AKHIR

bersama INTI KOLEJ

Pasukan GEMESUT sekadar berjaya mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan Terbuka Mera Cipta kali ke4 yang diadakan di Salak Tinggi baru-baru ini.Tetapi secara keseluruhan,pasukan berpuas hati dengan pencapaian mara hingga ke suku akhir.Pasukan sekali lagi dilanda kecederaan dengan hampir keseluruhan pasukan tidak dapat bermain pada peringkat menentang pasukan INTI KOLEJ yang pada dasar nya mempunyai saiz fizikal yang agak besar jika dibandingkan dengan para pemain pasukan GEMESUT.Walaupun pada peringkat kumpulan berjaya mengikat pasukan lawan,tetapi pasukan tidak berdaya untuk menahan asakan bertali arus pasukan INTI KOLEJ.Tahniah kepada pasukan COURT SOCCER yang berjaya memenangi kejohanan.Pasukan GEMESUT juga telah tewas kepada pasukan COURT SOCCER di pusingan ke3 pada kejohanan Piala ZETCOM.

Wednesday, May 13, 2009

PENGADIL OH PENGADIL!!!!!!!!

Apa sudah jd dengan pengadil????Ke hanya menyarung baju di badan sahaja???Sampai bila hendak maju bola sepak negara???Jika di tahap amatur pon mutu pengadilan sangat lah teruk.Pasukan GEMESUT berasa kecewa dengan mutu pengadilan pada kejohanan FUTSAL TERBUKA SKF yang diadakan di MERACIPTA,Salak Tinggi.Pasukan berjaya mengharungi perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan yang agak baik.Tetapi dikecewakan oleh mutu pengadilan pada pusingan ke2 yang membawa kekalahan kepada pasukan GEMESUT dengan pasukan tuan rumah CIPTA FC 2-1.Keputusan yang tidak boleh diterima apabila pemain pasukan GEMESUT disiku pada muka,tetapi masih diteruskan permainan.Gol ke2,secara terangan pemain pasukan GEMESUT dijatuhkan tetapi tidak diendahkan yang membawa kepada jaringan ke2 pasukan lawan.1 lagi keputusan yang agak pelik apabila pengadil meniup wisel foul,apabila pemain pasukan GEMESUT dijatuhkan denagn kesan luka ditangan,tetapi pengadil mengatakan bola keluar.Para pemain menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pengadil,dan cuba berinteraksi dengan pengadil.Tetapi apa yang menjengkelkan pengadil mengatakan 'ko pandai kan???ko jd reff...' Apa ini semua???Kami bayar wang pendaftaran,walhal kami tidak dilindungi langsung.Seperti ada yang cuba menjatuhkan pasukan GEMESUT.Jika inila yang diinginkan???Kami dari pasukan GEMESUT tidak boleh berbuat apa2.Kami hanya menghiburkan para penonton sahaja.Harap selepas ini tiada lagi keputusan yang seperti ini.Walau pengadil ingin memenangkan pasukan tuan rumah sekalipon,jangan la secara terang-terangan.Kami berasa terhina.Mungkin bukan semua pengadil sebegitu,tapi kami hanya meluahkan apa yang dirasakan perlu.Harap kepada penganjur selepas ini lebih peka.Jika dilihat kejohanan tempoh hari pon masih ade lagi keputusan yang agak menjengkelkan.

Monday, April 6, 2009

INJURED!!!!!!!!!


Pasukan bersama baju baru


Kecederaan menghantui pasukan GEMESUT pada pertandingan KPBNS2009 di KOMBES Paroi pada 4&5 April.Dengan terpaksa bermain dengan skuad yang agak kecil tanpa kehadiran Mohd Syafiq yang terpaksa bermain untuk pasukan IKBN Chembong.Pasukan juga terpaksa menggunakan penjaga gol muda saudara Shahrol Nizam.Pasukan GEMESUT yang mewakili MAYC Port Dickson, pada awal nya menunjukkan prestasi yang agak baik dengan membenam cabaran pasukan ABIM NS dengan jaringan 6 berbalas 3.Kemudian pasukan telah ditewaskan oleh pasukan Majlis Pengakap NS dengan jaringan 4-1.Seperti biasa, mutu pengadilan menjadi pertikaian oleh para pemain ketika pasukan ketinggalan 2-1,pasukan berjaya menjaringkan gol penyamaan yang tidak dikira kerana jaring gol yg koyak tetapi pengadil mengatakan bola tidak masuk.Tetapi pasukan berjaya menebus dengan menewaskan pasukan ABIM Rembau dengan jaringan 6-1.Bukan setakat itu sahaja pasukan berjaya membuat rekod jaringan terbesar apabila menewaskan pasukan YMM NS dengan jaringan 11-0.Kemudian pasukan mendapat kemenangan percuma 3-0 apabila pasukan GBB NS menarik diri.Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan,satu perlawanan yang menghiburkan disajikan oleh pasukan apabila menentang pasukan KRM Kuala Pilah walaupun tewas dengan jaringan tipis 5-4.Mengetahui pasukan lawan yang lebih ternama,pasukan berjaya mengaharungi tempo permainan dengan cemerlang walaupun satu ketika mendahului 2-1 sebelum ketinggalan 4-2 dan pasukan mengimbangi kembali dengan 4-4.Perlawanan begitu dramatik, dengan saudara Mohd Ezee dan penjaga gol yang tercedera pada perlawanan tersebut.Pasukan terpaksa mengharungi perlawanan dengan baki permain yg ada dan keputusan memihak kepada pasukan KRM Kuala Pilah dengan jaringan 5-4.pada pusingan ke2.Pasukan telah tewas kepad pasukan Pandu Puteri dengan jaringan 5-2, walaupun satu ketika seakan-akan boleh mara ke peringkat seterusnya.Itulah dia,bola bulat.Dalam keadaan berbagai-bagai pon terpaksa ditempuhi.Tetapi pasukan tidak patah semangat untuk terus berjaya pada masa mendatang.Insyaalah...

Tuesday, March 31, 2009

KARNIVAL SUKAN PERSATUAN BELIA N9!!!

Pada 4&5 April bertempat di KOMBES Paroi, satu karnival sukan diantara persatuan belia Negeri Sembilan akan diadakan oleh Majlis Belia Negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri.Seperti biasa pasukan GEMESUT tidak ketinggalan untuk menyertai karnival tersebut dengan mewakili MAYC daerah PORT DICKSON.kepada pasukan diluar sane,nantikan kebangkitan pasukan GEMESUT yang telah OFF PERFORM sejak kebelakangan ini.Nantikan kemunculan kami disana.

Sunday, March 29, 2009

TAKZIAH...

Salam takziah di ucapkan daripada GEMESUT FUTSAL TEAM kepada keluarga saudara AKMAL AIZUDDIN yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang yang kembali ke rahmatullah pada 28hb MAC 2009.Saudara AKMAL yang juga adalah salah seorang pemain pasukan GEMESUT.Semoga saudara AKMAL tabah menghadapi ujian dan terus maju jaya.Kami rakan-rakan akan sentiasa akan membantu dikala susah mahupun senang.Semoga rohNya dicucuri rahmat.Amin.Al-Fatihah...

Thursday, March 12, 2009

Kejohanan Futsal Tertutup N9!!!!

Pada 22hb Mac 2009,satu kejohanan futsal tertutup negeri sembilan akan diadakan di Hazlan Indoor Soccer Seremban 2.Seperti biasa pasukan Gemesut akan turut serta menjayakan kejohanan tersebut.Kepada pasukan diluar sana yang tinggal di Negeri Sembilan,apa tunggu lagi???Inilah masa nya untuk buktikan sesuatu.Kepada yang berminat boleh hubungi urusetia En Roshidi-0133538492 untuk keterangan lanjut.Atau terus hubungi Hazlan Indoor Soccer iaitu saudara Hezrul.Sama-sama kita memeriahkan kejohanan tersebut.Majulah Futsal untuk negara!!!!!

Sunday, February 22, 2009

Gemesut di Sinar Harian

keratan akhbar sinar harian



Pasukan Gemesut di akhbar Sinar Harian pada 20 Januari 2009.Semoga pasukan Gemesut terus succes selalu!!!!!

Gemesut vs IPD PD




sebahagian aksi perlawanan persahabatan


Bertempat di AMSA(Alam Megah Sport Arena) Port Dickson,satu perlawanan persahabatan dengan pasukan IPD PD telah berlangsung pada 21hb Feb.Walaupun pasukan Gemesut tanpa kehadiran pemain utama,pasukan Gemesut masih berupaya menjinakkan pasukan IPD PD dengan jaringan 12 berbalas 9.pasukan Gemesut terpaksa meminjam beberapa pemain dari pasukan Navara.Ini satu kemenangan moral bagi para pemain Gemesut khususnya sebagai langkah persiapan terakhir sebelum penyertaan dalam pertandingan Karnival Futsal NegeriFM.Walaupun pada awalnya persembahan pasukan Gemesut agak goyah,tetapi telah berjaya meningkatkan mentaliti untuk menewaskan pasukan IPD PD yang pada dasar nye mempunyai saiz fizikal yang agak besar berbanding para pemain Gemesut.

Thursday, February 19, 2009

Asal usul ditubuhkan pasukan GEMESUT

Bersama hadiah kemenangan.


Pasukan GEMESUT ditubuhkan pada Jun 2008 yang mana sebagai titik tolak untuk menyertai 1 kejohanan di ZETCOM.Dibarisi pemain seperti Mohd Ezee.Mohd Affizin,Mohd Syafiq,Yusrizan,Akmal Aizuddin,Akmal Aizat dan Mohd Shahidee.Dengan sekali penampilan sahaja,pasukan GEMESUT telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan untuk menduduki tempat ke4 pada pertandingan tersebut dimana pasukan GEMESUT telah tewas di separuh akhir dengan pasukan EKA MCAV.Tidak setakat kejohanan tersebut,pasukan GEMESUT terus giat mengikuti pertandingan di SPORT PLANET TAMPIN dengan keputusan setakat suku akhir.GEMESUT sekali lagi hadir ke TAMPIN untuk mencari tiket ke GRAND FINAL di AMPANG SPORT PLANET 5v5 REVIVE,tetapi ditunjukkan jalan keluar di pusingan suku akhir sekali lagi.Tidak terhenti disitu,pasukan GEMESUT hadir memeriahkan Kejohanan Futsal Terbuka Port Dickson untuk berdiri sebaris dengan pasukan yang lebih ternama seperti BERTAM ULU,BRABUS,ADIGUN,RED GALACTICOS,tetapi sekali lagi hampa dipusingan suku akhir walaupun pasukan terpaksa bermain tanpa penjaga gol Yusrizan seawal perlawanan pertama bertemu pasukan KG BOY kerana patah jari.Tetapi tidak melemahkan semangat perjuangan.Terima Kasih kepada saudara Yusrizan selama menjadi penjaga gol bagi pasukan GEMESUT.Pada 30hb pasukan GEMESUT telah menyertai pertandingan yang diadakan di HAZLAN INDOOR SOCCER dengan gawang GEMESUT diisi oleh saudara Suhaimi.Pada pertandingan tersebut pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3.Pada penhujung tahun 2008 pasukan GEMESUT telah mendapatkan seorang penjaga gol iaitu saudara Hailrul Anuar.Pada kejohanan pertama pembuka tirai 2009,pasukan GEMESUT telah berjaya mendapat tempat ke3 sekali lagi pada Kejohanan Ftsal Terbuka Port Dickson yang mana,pasukan GEMESUT telah tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan BERTAM ULU.

Wednesday, February 18, 2009

Karnival Futsal NegeriFM

Pada 28hb Feb & 1hb Mac bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi akan di adakan Karnival Futsal NegeriFM.Dimana pasukan GEMESUT pon akan turut serta bagi memeriahkan karnival itu nanti.Sekali lagi pasukan GEMESUT giat melakukan latihan bagi mendapatkan keputusan yang diharapkan.Kepada pasukan diluar sana diharap dapat memeriahkan karnival itu nanti.Kami bagi pasukan GEMESUT sentiasa akan memberikan cabaran yg berliku kepada pasukan yg menyertai pertandingan.Kita jumpa disana.

Tempat ke3 Terbuka Port Dickson

Pasukan GEMESUT 2009


Pasukan GEMESUT telah menduduki tempat ke3 pada pertandingan futsal terbuka Port Dickson yang diadakan pada 11hd Januari 2009 yg lalu.pasukan GEMESUT telah memberikan tentanagn yg sengit kepada pencabar setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini.Kehebatan pasukan GEMESUT tellah disekat kemaraannya diseparuh akhir oleh pasukan yang lebih ternama ia itu pasukan BERTAM ULU dengan jaringan 4 berbalas 2 oleh pasukan GEMESUT.Tidak cukup dengan itu pasukan GEMESUT telah menunjukkan persembahan yang amat luar biasa untuk menduduki tempat ke3 apabila membenan cabaran pasukan IJED dengan jaringan 3 gol tanpa balas.Walaupon pasukan GEMESUT dikejutkan dengan seorang pemain yang terpaksa pulang kerana masalah peribadi,itu tidak melunturkan semangat para pemain untuk menunjukkan sesuatu yg bagus untuk tatapan para penonton yg hadir pada hari pertandingan.Dengan pasukan yang terpaksa bergerak sendri tanpa kehadiran pengurus pasukan En Ahmad Supian.Pada pertandingan itu pasukan GEMESUT diwakili oleh para pemain Mohd Ezee,Mohd Affizin,Akmal Aizuddin,Mohd Syafiq,Hailrul Anuar,Mohd Shahidee dan Akmal Aizat.